JOHOR BAHRU - Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.
Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata,
"semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.
�Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. �Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,� katanya ketika ditemui Harian Metro.
Read more �
0 Response to "Ibu Paksa Anak Jual Dara"
Posting Komentar